Situasi janggal berlaku antara pelakon kacak Aeril Zafrel dan seorang peminat misteri yang mengajaknya bertandang ke rumah pada waktu malam.

Lebih mengejutkan, peminat yang menggelarkan dirinya Rafi itu sudah mula berhubung dengan Aeril sejak dua tahun lalu.

"Dari 2016 dia ajak. Korang rasa perlu ke aku pergi ke rumah Rafi ni?" soal Aeril menerusi akaun Twitternya.

Aeril turut mendedahkan permintaan peminat misterinya itu menerusi paparan skrin mesej langsung akaun media sosialnya.

Mesej itu dipercayai telah mula dikirimkan peminat misteri itu sejak 6 Oktober 2016 hingga terbaharu pada Khamis lalu (1 Februari 2018).

Antara isi kandungan mesej itu kebanyakannya bertanyakan kesudian Aeril untuk datang ke rumahnya pada pukul 6 pagi serta 8 dan 10 malam.

Perkongsian Aeril itu menghiburkan peminatnya yang rata-rata memberikan respon agar pelakon itu memenuhi undangannya.

"Saya rasa kamu patut pergi, mana tahu awak senangkan hati dia. Allah pun senangkan hati awak juga nanti. Fair and square," tulis @MimiAsmidar1.

Namun, ada juga dalam kalangan peminat Aeril yang meminta agar pelakon itu berhati-hati.

"Siasat dulu betul-betul Rafi itu siapa. Zaman sekarang kena waspada lebih. Tapi kalau peminat cilik layankan sahaja sebab kasihan dia tunggu Aeril dua tahun tak datang-datang," tulis @pikosssss.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: IG @aerilzafrel