Pelakon Nonny Nadirah akui tidak sangka dilamar kekasih selepas sembilan tahun menjalin hubungan cinta.

Nonny yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5) itu berkongsi perasaan terujanya menerusi akaun Instagram (IG).

Menerusi entri tersebut, Nonny memuat naik video saat kekasihnya datang melamar ketika dia sedang berada di set penggambaran.

Nonny terkejut apabila tiba-tiba kekasihnya datang dengan sekotak kek cawan dan sebentuk cincin di dalamnya.

Pelakon itu kelihatan sangat terharu sehingga mengalirkan air mata saat membuka kotak berisi sebentuk cincin berlian.

Video itu mendapat perhatian peminat dan pengikut IGnya yang rata-rata merasakan Nonny wanita bertuah apabila dliamar dengan cara yang sangat 'sweet'.

Antara komen peminat:

"Sweet nak mampus"

"Sangat terharu"

"Nampak sangat betul-betul cinta"

Tgh rest lepas habis shoot tiba2 dia dtg... Selepas 9thn brkwn on & off..brcinta bagai nk rak,brgaduh sampai pecah rumah,pastu break,kau buang aku,aku buang kau,masing2 bawak haluan masing2,brkwn ngn org lain..pastu jumpa&sambung balik..sampai member2,family dah naik jemu dengar “ah aku dah xnk dia” or “kali ni aku betul2 nak move on” ada lagi “aku dh decide nk kawin ngn org lain” tapi hakikatnya..?Selain Mama,arwah bapa,family DIA lah yg selalu ada dgn aku..tu bila dia xde ibarat hilang separuh nyawa..ini bukan ayat acah2..tapi aku mmg SAYANG dia,dan aku yg fight & usaha utk kenal ngn dia..biarlah org nk ckp mcm perigi mencari timba,tetapi aku puas hati sbb FINALLY HE PROPOSED ME.. ?? x tau perasaan masa tu nak ckp mcm mana hanya Allah S.W.T je yg tau..happy,sedih semua ada..? susah senang sama2..dia yg byk mengajar aku sume benda..dari ciknons yg selebet tukar jadi feminin/gugurl(konon2 ah)pahamlah aku ni pun byk perangai pelik2 yg org luar xtau tapi dia tau..dari hujung rambut hingga hujung kaki dia monitor,yelah aku nie sorg yg tersangat2lah simple..cukup ngn t-shirt,jeans,kasut or slipper yg penting sling beg!! dah settle..kadang dia yg pilih semua benda utk aku pakai. nama je aku ni pompuan,tapi sbnrnya aku x reti nak dress up bagai mcm pompuan..? pendek cite dia je yg tau cane nak jaga & handle perangai aku & terima aku seadanya. yang paling penting,masa aku tgh susah dia yg kutip aku blk sbb masa tu aku tgh drop gila2. dia ada disebelah aku..kwn2?!! xyah boraklah..lagi 1 masa aku sakit,selalu sakit,& sakit lagi dibuat hampir mati.. dia yg jaga aku..wlaupun dok terkejar sana sini,mana lg ngn keje dia yg busy,nak direct,nak shoot,nak ngedit bagai dia masih bertahan utk jaga aku smpai skrg.. mknn,minuman,vitamin,supplement,solat sume dia yg akan REMIND aku dan suh aku jaga sume benda tu.. byk juga yg persoalkan knp aku pilih dia & bukan org lain yg which is lebih better dari dia..1 je, manusia xde yg sempurna & MAMA selalu pesan : “DUIT boleh cari.. Kebahagiaan Dunia & Akhirat susah kita nak dpt & susah kita nak jumpa”~ Aku mohon padamu Ya Allah..Kau permudahkanlah segala2nya ? #nonnyxmuzzy #relationshipgoals #countingdays #myfuture #Alhamdulillah

A post shared by Nonny Nadirah binti Zainuddin (@nonnynadirah) on


Foto: Instagram @nonnynadirah