Isteri kepada pemain bola sepak David Beckham, Victoria Beckham, dilaporkan setuju untuk kembali bersatu semula bersama kumpulan pop Britain Spice Girls selepas perniagaannya mengalami kerugian.

Menurut laporan Tmz.com, Victoria telah mengalami kerugian hampir RM46 juta dalam perniagaan fesyennya pada tahun lalu.

"Victoria telah bersetuju untuk bersama Spice Girl dalam sebuah konsert reunion yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Persetujuan itu dilakukan selepas Victoria dilaporkan mengalami kerugian dalam perniagaannya.

"Namun Victoria meletakkan syarat bahawa dia tidak mahu menyumbangkan suaranya dalam nyanyian solo ketika mengadakan persembahan," kata sumber.

Tambah sumber, untuk projek kali ini, lima anggota Spice Girls iaitu Emma Bunton, Geri Horner, Melanie Brown, Melanie Chisolm dan Victoria Beckham, akan dibayar hampir RM55 juta setiap seorang.

Sebelum ini Spice Girls pernah menerbitkan tiga buah album dengan jualan melebihi 80 juta unit di seluruh dunia dan kali terakhir kemunculan mereka bersama pada tahun 2012.

Artikel: Tmz.com