Christopher Cari Peluang Dekati Yuna

22 September 2016. 3.00 PM
28,398
Hiburan
Christopher Cari Peluang Dekati Yuna

Penyanyi yang sedang popular dengan lagu I Won’t Let You Down, Christopher menyimpan hasrat untuk berkolaborasi dengan Yuna.

“Saya dengar Yuna merupakan seorang penyanyi Malaysia yang terkenal dan berbakat. Saya juga tahu yang dia kini melebarkan sayapnya di Amerika Syarikat.

“Jika saya mempunyai peluang untuk berkolaborasi dengan penyanyi dari Malaysia, saya akan memilih Yuna,” kata Christopher.

Ditemui semasa promosi jelajah #Closer2Christopher pada Isnin, jejaka kelahiran Copenhagen, Denmark ini turut berkongsi inspirasinya dalam bidang muzik dengan Astro Gempak.

“Saya menjadikan John Mayer sebagai inspirasi dalam bidang muzik. Saya boleh katakana yang muzik Mayer mengubah hidup saya. Saya mengetahui semua lagunya dan muzik saya juga terinspirasi dengan Mayer,” katanya lagi.

Giat menjelajah dunia untuk mempromosikan album ketiganya yang berjudul Closer, Christopher berharap agar muziknya boleh diterima oleh peminat di Malaysia.

“Album ketiga saya sudah dilancarkan pada April lalu. Saya sangat bersyukur apabila single I Won’t Let You Down mendapat tempat di hati peminat. Seterusnya, saya bakal muncul dengan single Heartbeat dan berharap agar sambutan yang diterima menggalakkan.

“Sambutan yang diterima di Malaysia sangat positif dan saya sangat terharu. Saya gembira dengan kunjungan di Malaysia dan berharap dapat ke sini sekali lagi di masa akan datang,” katanya lagi.



Artikel Berkaitan


Komen