Penyampai radio Era, Johan Raja Lawak dikecam oleh pengikut akaun Instagram (IG) selepas memuat naik fotonya sedang solat di hadapan poster pemain bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo.
Beberapa netizen, mengecam dan berpendapat tempat Johan melakukan ibadah tersebut tidak sesuai selain mempersoalkan sejadah yang digunakan terlalu kecil.
Antara komen-komen negatif yang diterima:
"Sembah Ronaldo ke?""Tak akan tak ada tempat yang sesuai sedikit?""Tak ada sejadah besar ke? Hairan juga ni"Bagaimanapun, Johan serta isterinya tidak berdiam diri sebaliknya mempertahankan perkara tersebut.
Menurut Johan, Tuhannya hanya Allah dan dia biasanya akan menunaikan solat di mana-mana sahaja kecuali tandas dan dapur.
Mengenai sejadah yang digunakan, Johan memberitahu ia tidak menjadi masalah kerana ia bukan isu besar jika hendak menunaikan solat.
Sementara isterinya Ozylnn pula menegur supaya netizen tersebut tidak terlalu mencari salah orang supaya apa yang dikatakan tidak memakan diri dikemudian hari.
Malah Ozyln mengalu-laukan supaya pengikut yang tidak suka dengan entri yang dimuat naik selama ini diminta untuk terus 'unfollow' sahaja IGnya.
Pun begitu, terdapat ramai pengikut yang menyokong pasangan ini dan meminta agar mereka tidak mempedulilkan komen-komen negatif tersebut.
Foto: Instagram Jozlynhanania
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Meerqeen Kenal Sarah Yasmine - “Kami Akui Pernah Jumpa”
Pelakon, Meerqeen tidak menafikan bahawa dirinya pernah bertemu dengan kekasih gelap kepada Aliff Aziz, Sarah Yasmine. Bagaimanapun, menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, mereka tidak mempunyai sebarang hubungan baik apa lagi menjadi kawan. “Saya fikir saya kenal dan kami pernah jumpa. She’s a fan,” u
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita