Penyanyi dan komposer hebat, Taylor Swift kini bergelar sebagai selebriti yang mempunyai paling ramai pengikut di media sosial.

Digital Spy melaporkan Taylor Swift kini memegang status sebagai selebriti yang mempunyai pengikut paling ramai di dunia sebanyak 266 juta orang pengikut di tiga media sosial iaitu Facebook, Twitter dan Instagram.

Taylor Swift juga dilihat berjaya mengatasi bintang sensasi bola sepak Cristiano Ronaldo yang memiliki 238 juta pengikut.

Tidak dinafikan kehebatan yang ada pada Taylor Swift kerana ini dibuktikan dengan penjualan album yang cukup laris selain pelbagai pengiktirafan yang berjaya dirangkul sebelum ini.

Katy Perry pula kini berada di tangga ketiga dengan mempunyai jumlah penggikut di media sosial sebanyak 219 juta.

Penyanyi Selena Gomez menduduki tempat keempat apabila memiliki 205 juta dan Rihanna berada di tempat kelima dengan 190 juta pengikut di media sosial.