Penyampai radio Feeya Iskandar atau Cik Piah selamat lahirkan bayi kedua pada jam 1.12 pagi tadi.

Cik Piah melahirkan bayi lelaki seberat 3.24 kilogram secara normal di Hospital Seri Kembangan.

Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya, Nurashid Wahab menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Alhamdulilah syukur isteri saya Selamat melahirkan baby boy yang ke 2 kami pada pukul 1.12 pagi berat 3.24 kg lahir secara normal bersama Dr khamsiah dan tidak lupa kepada nurse dan Mak bidan yang Banyak membantu di dalam labour room segalanya berjalan dengan lancar #amanahallah #adikmalique #Nuharyyan

A post shared by NRW ❤️ Feeya (@wnurashidwahab) on

Sementara itu, Cik Piah juga turut berkongsi berita tersebut menerusi Insta Storynya.

“Alhamdulillah syukur, it’s a boy, 3.24 kg, normal,” tulisnya ringkas

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan selamat berpantang buat Cik Piah.

Foto: Instagram @wnurashidwahab