Selepas seminggu mengaku bersalah memiliki bahan pornografi bawah umur, Mark Salling yang popular menerusi drama bersiri Glee ditemui mati dengan cara membunuh diri semalam (Selasa).

Perkara itu disahkan oleh wakil peguamnya, Michael Proctor menerusi kenyataan kepada CNN.

"Saya sahkan Mark Salling telah meninggal dunia pada awal pagi ini.

"Dia seorang lelaki yang penyayang dan memiliki kreativiti luar biasa. Namun dia bergelut dengan kesalahan serius yang dilakukannya sendiri," katanya.

Mark ditemui pihak berkuasa tergantung di pinggir sungai kawasan kejiranan Tujunga, Los Angeles selepas dilaporkan hilang pada 3 pagi Selasa.

Siasatan awal mendapati Mark dipercayai membunuh diri.

Mark, 35, berdepan tuduhan memiliki ribuan video dan foto pornografi kanak-kanak seawal usia 10 tahun pada Mac 2016.

Pelakon itu baru-baru ini mengaku bersalah dan bakal dibicarakan sekali lagi pada 7 Mac nanti.

Selepas pengakuan itu, Mark berdepan hukuman menjara selama empat hingga tujuh tahun diikuti 20 tahun pemerhatian pihak berkuasa dan namanya didaftarkan sebagai pesalah laku seks.

Mengimbas kembali insiden sama sebelum Mark, bintang filem Glee, Cory Monteith juga ditemui mati dengan cara membunuh diri pada tahun 2013.

???

A post shared by Matthew Morrison (@_matthew.morrison_) on







Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: CNN, Time