Pasangan popular Jay Z & Beyonce mengambil keputusan untuk memulihkan masalah rumah tangga yang terjadi demi kebahagiaan anak-anak mereka.

Menurut laporan Daily Mail, Jay Z & Beyonce dilaporkan masih berusaha untuk mempertahankan rumah tangga itu meskipun sering dilanda masalah.

"Kami juga sama sahaja seperti semua orang yang sering mempunyai masalah dalam kehidupan.

"Kami memilih untuk memandang kehadapan daripada memikirkan masalah yang berlaku dan cuba untuk memperbaiki kesalahan yang dilakukan.

"Demi anak kami memilih untuk mempertahankan cinta untuk keluarga kamiyang telah dibina," katanya.

Jay Z & Beyonce telah dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Blue Ivy dan anak kembar Sir dan Rumi.

Sumber: Daily Mail