Pelakon Ezzaty Abdullah bersyukur kerana pembedahan nanah payudara atau bengkak susu telah selamat dijalankan.

Ezzaty Abdullah memberitahu ia pengalaman pembedahan pertamanya seumur hidup.

Menurut Ezzaty menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, bagaimanapun sakit kesan daripada pembedahan itu hilang selepas melihat wajah anaknya.

"Pertama kali dalam hidup perlu menjalani pembedahan. Alhamdulilah semua berjalan lancar.

"Ubat (anaknya) saya pun dah sampai duduk sebelah saya ni. Terus hilang rasa sakit pembedahan tadi," tulisnya.

Suaminya, Azawan Kombos turut memuat naik foto isterinya sebelum dihusung masuk ke bilik pembedahan.

Semalam, Ezzaty dilaporkan telah mengalami sakit di payudara sejak sepuluh hari lalu dan pernah dibawa mengurut serta jumpa doktor di klinik namun masih tiada perubahan.

Ezzaty dan Azwan berkahwin pada 16 Julai tahun lalu pada majlis yang diadakan di Bentong, Pahang.

Pasangan itu baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata sulung bernama Harum Dalia pada 6 Disember lalu.

Foto: Instagram Ezzaty Abdullah/ Azwan Kombos