Penyampai radio Sinar FM, Linda mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak sulung.

Berita gembira itu dikongsi Linda sendiri menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya.

Linda melahirkan rasa syukur dikurniaan rezeki tersebut.

Menurut Linda ia perkara yang paling menerujakan dalam hidupnya.

“Buat semua peminat dan kawan-kawan yang tersayang. Sesuatu yang hendak Linda kongsikan dengan semua.

“The best thing in my life. Nantikan Linda Onn (LO) junior, coming soon!

“Syukur alhamdulilah,” tulisnya.

Menerusi entri tersebut Linda memuat naik foto ‘baby bump’ dan juga foto imbasan ultrasound bayinya.

Rata-rata peminat dan rakannya turut gembira dan mengucapkan tahniah dia atas gembira tersebut.

Linda Onn dan Ungku Azhar berkahwin pada 27 Disember 2013.

Buat semua peminat2 dan kawan2 Linda yang tersayang. Sesuatu untuk Linda kongsikan dengan you all. The best thing in my life. Nantikan LO junior..coming soon!! Syukur Alhamdulillah. #pregnant #LOjunior

A post shared by Linda Onn (@lindaonn7) on


Foto: Instagram Linda Onn
Teks oleh : Syafiqah Jalal