Pelakon Rozita Che Wan meluahkan rasa kecewa terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB).


Che Ta meluahkan perkara tersebut menerusi muatnaik di akaun Instagram apabila menyedari bagasinya tercicir kerana kecuaian pihak MAB.


Dia juga tidak menyangka bagasinya masih berada di Kuala Lumpur walaupun dia sudah tiba berada di Kota Kinabalu.

"Sungguh memalukan service Malaysia Airlines. Saya terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu je tetapi beg saya masih lagi berada di Kuala Lumpur.

"Saya terpaksa batalkan makan malam kerana tiada baju dan kena tunggu beg masih lagi tidak sampai.

"Saya menaiki kelas bisness, bukan ramai pun penumpang sampai boleh tercicir bag tu, sunggu memalukan perkhidmatan oleh pihak Mas," katanya melalui posting yang dimuatnaik di Instagram.


Meskipun dia dikecam oleh netizen kerana dikatakan berlagak seperti diva namun kebanyakkan menyebelahinya kerana siapa tidak marah jika perkara sama berlaku kepada mereka.

SUNGGUH MEMALUKAN SERVICE MALAYSIA AIRLINES!!!!. . I FLY DR KL KE KK JE TAPI BAG I TERCICIR AND STILL KAT KL!!! Tu baru domestik flight !! I terpaksa cancel dinner sebab tk de baju and duk tunggu bag tak sampai!!!! And i fly bisnes class , bukan ramai pun penumpang sampai boleh tercicir bag tu!!! So embarrassing dgn service MAS!!!!!

A video posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on