Diilhamkan dari kisah benar yang dekat dengan hati penonton, filem Makrifat Cinta merupakan naskah yang harus ditonton.
Kisah benar yang digarap itu menjadikan jalan cerita filem tersebut penuh warna apabila wujudnya elemen cinta, lucu dan sedih hingga menyentuh hati penonton.
Meskipun mendapat sentuhan pengarah baharu, Kamal G namun ia membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Syamsul Yusof, Nabila Huda, Nora Danish, Adi Putra, Puteri Balqis dan Datuk Aznil Nawawi.
Terbitan, Dhananwoodd Films dan Edaran, TSR Films , Makrifat Cinta bakal ditayangkan mulai 1 Februari ini.
Berikut merupakan lima sebab mengapa anda perlu menonton Makrifat Cinta:
1. Gandingan pertama Syamsul Yusof dan Nora Danish
Buat pertama kalinya Syamsul Yusof dan Nora Danish digandingkan dalam sebuah naskah sebagai pasangan kekasih. Dua pelakon ini tidak pernah digandingakan dalam mana-mana filem atau drama sebelum ini. Kali ini, penonton dapat melihat bagaimana mereka membina keserasian sebagai pasangan yang sepadan di dalam filem ini. Elemen cinta yang ditonjolkan juga berbeza dari naskah biasa kerana kasih sayang diantara mereka wujud selepas bersimpati dengan nasib anak Syamsul iaitu watak yang dilakonkan oleh Puteri Balqis.
2. Dibintangi pelakon-pelakon hebat
Tidak perlu disangkal lagi kehebatan barisan pelakon-pelakonnya. Syamsul Yusof sebagai peneraju utama filem tersebut sebelum ini sudah membuktikan filem-filem lakonannya berjaya meraih kutipan box office. Tidak hairan jika komitmen yang diberikan di dalam filem ini berada di tahap maksima. Malah wataknya di dalam filem ini bukanlah seorang gangster mahupun ustaz yang pernah digalas sebelum ini, sebaliknya Syamsul perlu bermain dengan jiwanya sebagai seorang orang biasa yang terpaksa melalui pelbagai dugaan dan tekanan hidup . Sementara Nabila Huda dan Adi Putra pula berjaya membuat penulis rasa benci tidak terhingga dengan watak antagonis yang dibawakan. Dua pelakon itu tidak pernah memberi sedikit ruang untuk penonton tenang dan senang dengan watak mereka.
3. Lakonan mantap Puteri Balqis
Lakonan pelakon kanak-kanak, Puteri Balqis berjaya membuat hati penulis tersentuh. Puteri Balqis membawakan watak seorang anak yang sukar mendapat kasih sayang seorang ibu (Nabila Huda). Ibunya tidak pernah menunjukkan kasih sayang sebaliknya sering dimaki hamun. Puteri Balqis berjaya mewujudkan elemen sedih. Ekspresi wajahnya yang sayu sehingga mengalirkan air mata setiap kali dimarahi oleh ibunya membuatkan penulis benar-benar tersentuh. Bukan sahaja kekurangan kasih sayang ibu, namun dugaan dan kepayahan hidup yang dilalui membuatkan pelakon itu dilihat sangat matang dalam lakonannya.
4. Teknologi CGI yang harus dipuji.
Teknologi Imej Janaan Komputer (CGI) yang wujud dalam filem ini juga harus dipuji. Anda akan melihat teknologi yang berbeza dari filem Melayu yang lain. Menurut pengarahnya, 50 peratus daripada kru produksinya dibawa dari Mumbai, India. Tidak hairanlah jika filem ini sahaja menelan belanja sehingga RM4 juta. Babak kemalangan Syamsul Yusof dan Nora Danish serta babak ketika kereta Adi Putra dikejar oleh polis juga nampak 'real' serta mendebarkan apabila teknik CGI itu diaplikasikan.
5. Berdasarkan kisah benar seorang hartawan
Kisah benar ini bukan sahaja dekat dengan hati penonton, malah ia banyak memberi inspirasi untuk berjaya dalam hidup. Menurut pengarahnya, naskah ini mengangkat kisah seorang yang tidak pernah berputus asa dalam hidupnya. Siapa sangka daripada orang biasa yang hidup miskin tetapi berjaya mengubah hidupnya menjadi seorang hartawan. Namun untuk berjaya banyak rintangan dan tekanan terpaksa dilalui serta pengajaran hidup yang dipelajari. Jadi filem ini bukan sahaja memberi hiburan semata-mata kerana dalam masa yang sama memberi insipirasi dalam hidup anda.
Makrifat Cinta mengisahkan Mahathir lakonan Syamsul Yusof, seorang lelaki biasa berasal dari luar bandar dan daripada keluarga yang miskin.
Namun, keinginannya menjadi kaya bertaraf jutawan membezakan Mahathir dengan lelaki lain.
Kehidupan Mahathir yang sentiasa dikongkong isterinya, Zara (Nabila Huda) menjadi punca masalahnya. Ini kerana Zara seorang wanita yang menyukai kekayaan dan memerlukan pembiayaan tinggi kerana gaya hidupnya yang serba mewah itu.
Bagaimanapun Mahathir mendapat semangat dan sokongan yang baharu selepas dia berjumpa dengan Sofea rakan sekolahnya dahulu.
Sejak itu, hubungan Mahathir dan Sofea semakin rapat tambahan pula anaknya (Puteri Balqis) turut menyukai Sofea yang sangat menyayanginya.
Apakah pengakhiran kisah Mahathir? Saksikan Makrifat Cinta bakal berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 1 Februari ini.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
Fri Jan 26 2018
Sheriff: Ramai Terkejut Ada Kodi Rasheed, Netizen Rate 10 Bintang - “Lakonan Dia Memang Top Notch!”
Sekali keluar memang terus bagi impak, pergh!
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.