Pelawak dan pengacara popular, Jihan Muse selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 10.15 malam tadi.

Bayi seberat 3.85 kilogram itu dilahirkan di DEMC Specialist Hospital, Shah Alam.

Jihan Muse dan bayi sulungnya itu dilaporkan dalam keadaan baik dan sedang berehat.

Pengacara Gegar Vaganza itu tu juga bakal berehat daripada semua aktiviti hiburan selama dua bulan untuk memberi tumpuan dan meluangkan masa bersama keluarga.

Dalam pada itu, jangan lupa saksikan Hi Mommy Jihan! sebuah blog video (vlog) bersiri yang memaparkan klip-klip eksklusif kehidupan harian Jihan dan suaminya, Hariz sepanjang tempoh kehamilan sulungnya sehingga selepas bersalin menerusi rakaman yang dilakukan sendiri oleh pasangan ini.

Rakaman vlog yang dibuat sendiri oleh Jihan dan Hariz tanpa sebarang skrip ini bermula sejak kandungan Jihan berusia 31 minggu sehingga selepas Jihan bersalin.

Vlog Hi Mommy Jihan! yang ditaja oleh Anmum Materna dan Thermos ini akan dimuat naik di laman YouTube MeleTOP pada setiap hari Khamis dan Jumaat mulai 7 Disember 2017, jam 9.00 malam.

Manakala, bagi siaran di kaca televisyen, Hi Mommy Jihan! boleh ditonton pada setiap hari Isnin dan Selasa, pukul 10.55 malam di Astro Ria (saluran 104) dan siaran serentak di Ria HD (saluran 123).

Vlog istimewa ini turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan eBu.