Penyanyi Sarah Raisuddin memuji sikap rendah diri artis yang semakin popular, Khai Bahar.

Selain kata-kata pujian, Sarah juga menyatakan rasa bangga dengan pencapaian Khai yang berjaya menjadi finalis Juara Lagu 32 (AJL 32).

“Merendah Diri, I’m So Proud Of You” - Siti Sarah Puji Sikap Khai Bahar

“Orang yang sangat merendah diri, hormat orang, bersuara emas. I’m so proud of you dik,” tulis Sarah di akaun Instagram (IG)nya.

org yg sangat merendah diri.. hormat org ..bersuara emas.. im so proud of u dik.. moga terus berjaya dan good luck 4 juara lagu @khaibahar94

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

Dalam pada itu, isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu ini juga mengucap selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik buat Khai untuk AJL 32 nanti.

“Moga terus berjaya dan good luck for juara lagu @khaibahar94,” tulisnya.

Selain Syamel yang merupakan artis naungan Rocketfuel, Ara Jahari (Warkah Untukmu ciptaan Hang Nadim/Laq) dan Hazama (Aku Yang Sebenar ciptaan M.Nasir/Ad Samad) turut berjaya ke pentas AJL 32.

Selain Khai (Bayang (Alam Harry Khalifah/Patrick Anahonda/Khai Bahar), lagu lain yang turut berentap adalah Separuh Mati Ku dinyanyikan Dayang Nurfaizah (ciptaan Ajai sepenuhnya), Sejati (Faizal Tahir/Mike Chan/Azmi Caliph Busker), Menahan Rindu (Ibnu & Gouffran/Wany Hasrita), Tergantung Sepi (Gouffran/Ibnu/Haqiem Rusli), Jampi (Hael Husaini/Ezra Kong), Amboi (Navigator/Altimet) dan Akhirnya Cinta (Ajai/Slen/Salma).

Manakala Syamel mempertaruhkan dua buah lagu iaitu Aku Cinta (ciptaan sepenuhnya Syamel) duet bersama Ernie Zakri dan Lebih Sempurna (Syamel/Edry Abdul Halim & Boy Anaz).

Foto: Instagram @sarahraissuddin