Wah! Nampaknya selepas aktres cantik Fasha Sandha memuat naik entri ‘Letter To My Future Husband’ di laman sosial Instagramnya, ramai yang telah memberi respon.

Rata-rata pengikut Fasha mendoakan ibu tunggal anak dua itu bertemu jodoh dalam masa terdekat.

Lebih nakal lagi, mereka telah menanda nama rakan lelaki masing-masing di ruangan komen entri tersebut.

Fasha, 34, juga telah menulis kapsyen yang agak comel pada entri tersebut.

“Surat terbuka to my future husband, walaupun tak tahu siapa orangnya...Allah yang akan tentukan.

“Kepada yang dah isi borang atau akan isi borang silakan baca ini awal-awal ok!,” tulisnya turut meletakkan tanda pagar #janganserioussangat #jangansibuknakkecam #justforfun.

Apa isi kandungan surat Fasha Sandha kepada bakal suaminya?

Jom kami kongsikan untuk anda!

Surat terbuka untuk my Future Husband ☺️ Walaupun tak tau siapa orangnya, Allah yang akan tentukan, Kepada yang dah isi borang dan akan isi borang silakan baca ni awal2 ok ? ? #sendasubuh #repost #janganserioussangat #jangansibuknakkecam #justforfun

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


Astro Gempak difahamkan Fasha kini berada di Kemboja untuk penggambaran drama.

Fasha sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram pada 2012 dan bercerai selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan tersebut Fasha melahirkan dua anak, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.