Anak kepada pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, Ahmad Fakharuddin Attar ditahan di hospital kerana mengalami demam panas yang agak tinggi semalam.
Aeril berkongsi berita tersebut menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram (IG) miliknya, @aerilzafrel.
Menerusi entri tersebut Aeril memuat naik sekeping foto Attar sedang terlantar sakit di atas katil wad.
"Balik dari Korea hari itu terus demam. Doakan semoga attar cepat sembuh. Mungkin lepas ini kena pegi korea balik kot," tulisnya.
Rata-rata peminat dan pengikut Instagram Aeril turut mendoakan agar anak lelaki mereka kembali sihat seperti biasa.
"@healthyherbashop: Semoga Attar cepat sembuh dan kembali sihat cergas seperti selalu."
"@syamsal79: "Semoga Attar cepat sembuh & dipermudahkan segala urusan Amin."
"@fleur.malaysia: Kesiannya. Mungkin perubahan cuaca kot. Apa pun saya doakan semoga Attar sembuh dengan sempurna. Aameen."Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di