Pelakon Azrel Ismail yang pernah mendedahkan bakal menamatkan zaman bujangnya tahun ini enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai majlis perkahwinannya.

Kata Azrel dia memohon diberikan ruang dan akan berkongsi berita gembira itu sekiranya sampai masanya.

"Itu (berkahwin) sekadar perancangan dan masih awal tahun 2018. Mungkin majlisnya akan berlangsung tahun ini juga.

"Ada lagi 11 bulan sebelum 2018 tamat, jadi tunggulah," katanya ketika ditemui pada majlis tayangan program 2018 Media Prima di Majestic Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Biarpun masih enggan mendedahkan identiti bakal isterinya, Azrel sebelum ini tidak menolak wanita yang dimaksudkan merupakan seorang pelakon.

Malah, Azrel sering dikaitkan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Ruhainies namun, masing-masing menafikan perkara tersebut.

Kembali mencetuskan spekulasi apabila Azrel dan Ruhainies datang ke majlis berkenaan bersama-sama malah meraikan sambutan ulang tahun kelahiran berdua usai acara terbabit.

Attending Media Prima TV Screening 2018 with this girl @ruhainies7 ? #MediaPrimaTVScreening @tv3malaysia @tv9malaysia

A post shared by Azrel Ismail ?? (@azrelismail) on

??

A post shared by Azrel Ismail ?? (@azrelismail) on


Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @azrelismail