Mungkin kerana terlalu berang dengan seorang pengguna laman sosial yang menghantar mesej peribadi biadab kepadanya di Instagram, aktres Rita Rudaini terlepas perkataan lucah ketika membalasnya!

Pengguna laman sosial yang menggunakan nama @mr_shark_gtr_lover telah mempertikaikan cara pengacaraan Rita di sebuah program televisyen dengan mengatakan pelakon tersebut tergedik-gedik walaupun sudah tua.

Malah dia turut menulis Rita sudah tidak ada ‘job’ sehingga terpaksa menjadi pengacara program jualan langsung.



Menerusi entri yang dimuat naik Rita pagi tadi, dia memberitahu terpanggil untuk membalas mesej peribadi tersebut kerana berasakan apa yang ditulis pengguna laman sosial tersebut keterlaluan sehingga tahap menghina punca rezekinya.



Bagaimanapun, pada salah satu screenshot yang dimuat naik Rita, jelas menampakkan perasaan geram pelakon Mami Jarum itu apabila dia menulis; “Ko sakit hati dengan aku apahal??? Aku ada mengo***ek dengan bapak ko ke?” sebagai balasan kepada mesej peribadi yang dihantar @mr_shark_gtr_lover kepadanya.



Dalam pada itu, pengikut dan peminat Rita memohon agar pelakon kesayangan mereka itu bersabar dengan golongan seperti @mr_shark_gtr_lover yang bersikap seperti baling batu sembunyi tangan kerana tidak berani mengambil tanggungjawab sepenuhnya selepas memberikan komen biadab.

Mereka juga berpendapat, @mr_shark_gtr_lover hanyalah akaun palsu yang dicipta khas untuk menghentam artis.

Foto: Instagram Rita Rudaini/ Carian Google