Mariah Carey Disaman RM11.8 Juta Kerana Batal Konsert

23 Januari 2018. 4.37 PM
1,851
Hiburan
Mariah Carey Disaman RM11.8 Juta Kerana Batal Konsert
Penyanyi popular antarabangsa, Mariah Carey berdepan saman sebanyak USD 3 Juta (RM11.8 Juta) selepas membatalkan konsertnya di Chile, Argentina dan Brazil pada tahun lalu.
 
Saman tersebut dituntut oleh pihak penganjur selepas mendakwa Mariah Carey telah melanggar kontrak.
 
Terdahulu, diva berusia 48 tahun itu menerusi akaun Twitter miliknya meminta maaf kepada peminat kerana konsert tersebut dibatalkan.
 
Penyanyi lagu Without You itu juga seolah-olah menyalahkan penganjur atas perkara tersebut.
 
"Konsert saya di Chile, Argentina, dan Brazil terpaksa di batalkan. Peminat saya sepatutnya mendapatkan sesuatu yang lebih baik berbanding dengan apa yang penganjur ini lakukan kepada mereka," tulisnya pada 26 Oktober 2016.
 
Pihak penganjur telah membawa perkara itu ke muka pengadilan sekaligus menuduh Mariah tidak memenuhi tanggungjawab di Argentina dan Chile tanpa alasan.
 
Penganjur juga mendakwa pihaknya mengalami kerugian besar malah mereka telah membayar sebanyak 75 peratus kepada Mariah.
 
Sumber: The Guardian
 

Artikel Berkaitan