AF 2016: Asha Akui Selalu Kena Marah Dengan Mas Idayu

26 September 2016. 3.06 AM
135,004
Hiburan
AF 2016: Asha Akui Selalu Kena Marah Dengan Mas Idayu

Pelajar Akademi Fantasia 2016, Asha mengakui selalu dimarahi oleh guru persembahan vokal, penyanyi dangdut Mas Idayu.

"Ketika di dalam kelas dan seperti mana yang boleh dilihat menerusi Diari AF 2016, saya merupakan antara pelajar yang sering dimarahi oleh Cikgu Mas Idayu kerana persembahan saya yang kurang memuaskan.

"Walaupun dimarahi, saya faham perkara tersebut kerana bagi saya, marah tandanya sayang. Selepas ini saya tidak akan menoleh ke belakang dan akan terus berusaha untuk menjadi seorang penyanyi," kata Asha kepada Astro Gempak.

Sedih kerana disingkirkan pada minggu suku akhir, Asha menerima perkara ini dengan positif.

"Siapa tak sedih apabila disingkirkan. Saya sudah berikan yang terbaik pada malam ini. Apabila saya dapat komen dari Kak Ogy, saya rasa terkejut dan saya akui saya sedikit down.

"Namun begitu, saya memahami kritikan itu adalah untuk kebaikan saya dan saya mengambil pendekatan untuk memandang perkara tersebut menerusi sudut positif," katanya lagi.

Saksikan Konsert AF 2016 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) secara ekslusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Manakala rutin harian para pelajar menjalani kehidupan di akademi pula boleh ditonton menerusi Diari AF 2016 pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 15 Ogos di saluran sama.

Untuk mengikuti perkembangan pelajar, layari Akademi Fantasia.


Artikel Berkaitan


Komen