Bekas anggota Running Man, Kang Gary akui kini berada dalam fasa bahagia.

Menurut Gary, tidak mudah untuk membahagikan masa antara kerjaya dengan keluarga selepas berkahwin.

“Secara jujurnya saya ingat saya boleh bekerja dan berkarya dengan muzik seperti biasa selepas bergelar bapa.

“Namun tidak sangka jangkaan saya meleset sama sekali. Memang agak sukar untuk membahagikan masa.

“Namun keluarga tetap menjadi keutamaan saya,” katanya.

Tambah Gary lagi, dia akan bekerja keras untuk memastikan kehidupan keluarganya terjamin.

“Mungkin disebabkan saya memiliki anak pada umur yang agak berusia, saya berasa sangat gembira.

“Suatu hari, apabila saya memandang wajahnya hati saya terdetik, tidak kira apa yang berlaku di dunia ini, selagi saya bersama isteri dan anak, tiada apa yang perlu ditakutkan.

“Sebab itu saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kebahagiaan keluarga saya,” ujarnya.

Sumber: Soompi