Kerinduan peminat terubat selepas pelakon Farid Kamil kembali aktif di akaun Instagram (IG)nya.

Farid Kamil telah kembali mengemaskini akaun IGnya setelah menyepi sejak insiden lalu yang melibatkan dirinya.

Menerusi kapsyen yang ringkas 'Now Showing', Farid telah berkongsi poster terbaharu drama lakonannya iaitu Lafazkan Kalimah Cintamu .

Rata-rata peminat bersyukur kerana Farid kembali aktif di media sosial dan ada diantara mereka mendoakan agar dia tabah menempuhi dugaan ini.

'@wedokwedok31: Alhamdulilah. Farid kembali aktif di media sosial.'

'@zurinahzueWow: Akhirnya Farid Kamil kembali di IG. Alhamdulilah, semoga segalanya akan dipermudahkan.'

'@kishkaimani: Meman best cerita ini ,ada sedih ada part lawak. Pandai betul Farid Kamil main watak ini sangat menjadi. All the best for you.'


Jangan lupa saksikan Lafazkan Kalimah Cintamu yang akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Ria HD saluran 123.

Drama karya Siti Rosmizah arahan oleh Along Kamaludin terbitan SR One Sdn Bhd itu, menampilkan gandingan Farid Kamil, Nelydia Senrose, Azri Iskandar, Liza Abdullah, Nadiyah Shahab dan ramai lagi.