Anugerah MeleTOP Era atau AME kembali lagi untuk edisi kelima tahun ini, dan di antara calon top 20 yang menarik perhatian ialah pasangan pelakon Izreen Azminda dan suami Ude yang tercalon dalam kategori Couple MeleTOP.
Antara selebriti yang tercalon dalam kategori tersebut bersama Izreen dan suaminya Ude atau nama sebenar Muhammad Radzi ialah Mawar Rashid & Raf Yaakob, Sharifah Sakinah & Aliff Adha, Aliff Aziz & Bella Astillah, Mia Ahmad & Idzham Tarmizi, Jep & Sariyanti dan ramai lagi.
Selain itu dalam sidang media AME 2018 yang berlangsung petang tadi (Isnin), turut mengumumkan Nabil dan Neelofa kekal sebagai hos utama.
Nabil dan Neelofa kekal hos utama AME 2018
AME 2018 bakal dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad, 8 April 2018 bermula pukul 9 malam di empat buah saluran utama iaitu Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Astro Maya HD (134).
Sebanyak 16 kategori dipertandingkan dan penonton diberikan kuasa sepenuhnya untuk menentukan pemenang.
AME 2018 lebih mantap dan meriah serta mengekalkan format asal untuk edisi yang kelima bagi meraikan karya dan personaliti paling hit dan meleTOP merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital sepanjang 2017.
16 kategori yang dipertandingkan ialah, Lagu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP, Hos MeleTOP, Drama MeleTOP, Filem MeleTOP, Pelakon MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, Program Radio MeleTOP, Artis Baharu MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP, Fesyen MeleTOP, Program MeleTOP, Si Cilik MeleTOP, Couple MeleTOP dan Penyampai Radio MeleTOP.
Antara kategori 'favourite' AME
Undian fasa pertama mula dibuka mulai 22 Januari 2018 bermula 6 petang hingga 23 Februari 2018 untuk anda menentukan lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal.
Undian boleh dibuat secara online di tiga buah platform iaitu di laman web rasmi www.anugerahmeletopera.com.my, aplikasi ERA dan aplikasi RAKU yang boleh dimuat naik secara percuma di App Store dan Google Play Store.
Seterusnya undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori pula boleh dibuat menerusi laman web rasmi, aplikasi ERA dan RAKU serta kiriman SMS bermula 6 Mac 2018, pukul 1 tengahari hingga 8 April 2018, pukul 12 tengahari.
Klik di sini untuk melihat senarai top 20 AME 2018.
Fiza Kamarudin
Mon Jan 22 2018
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.
Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban
Seramai 10 orang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.
Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!
Sepotong video nyanyian kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Nafi Dakwaan Sukar Dihubungi, Ippo Hafiz Enggan Jaja Kisah Rumah Tangga - “Dia Masih Isteri, Jadi Lindungilah Maruah Suami”
Penyanyi Ippo Hafiz menafikan kenyataan Fara Roslan dan dakwaan yang tersebar di laman sosial mengatakan dia sukar dihubungi untuk bertemu anak kedua mereka, Ibrahim.
Dua Helikopter Terhempas Ketika Raptai Di Pangkalan TLDM Lumut
Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, pada Selasa.