“Cakaplah Apa Pun, Saya Tak Boleh Halang” - Fadzil Zahari

21 Januari 2018. 9.55 PM
8,516
Hiburan
“Cakaplah Apa Pun, Saya Tak Boleh Halang” - Fadzil Zahari
Pelakon Fadzil Zahari akui tidak ambil peduli komen-komen negatif yang dilemparkan terhadap abangnya, Datuk Farid Kamil.
 
Fadzil berkata, dia tidak boleh menghalang masyakat untuk terus bercakap mengenai isu penahanan Farid baru-baru ini.
 
“Setiap orang ada pandangan dan persepsi berbeza. Saya tidak boleh nak halang mereka kerana ia hak masing-masing.
 
“Malah, ia menjadi pilihan mereka juga untuk memberi komen positif atau negatif,” ujarnya.
 
Tambah Fadzil lagi apa yang penting adalah sokongan daripada keluarga terhadap Farid yang masih menjalani rawatan kesihatan di pusat perubatan di Kuala Lumpur.
 
“Dalam perkara ini, saya tidak mahu ambil pusing mengenai apa yang diperkatakan. Cakaplah apa pun.
 
“Apa yang penting, keluarga tahu perkara sebenar," katanya.
 
Menurut Fadzil lagi, isteri Farid, pelakon, Diana Danielle ada bercakap mengenai isu melanda suaminya, namun tidak boleh berkongsi lanjut kerana perkara itu terlalu peribadi.
 
Terdahulu, Farid dirawat dalam tempoh beberapa hari bagi memastikan keadaan kesihatannya pulih seperti biasa.
 
Menerusi kenyataan Fadzil, Farid tidak pulang ke rumah sesiapa sejurus dibebaskan dengan jaminan Selasa lalu sebaliknya terus dibawa ke pusat rawatan.

Foto: Instagram @fadzilzahari
 
Sumber: Harian Metro
 

Artikel Berkaitan