Pelakon Izreen Azminda menegaskan dia rela menolak tawaran lakonan yang memintanya untuk bergandingan dengan bekas teman lelakinya, Amar Baharin.

“Secara jujurnya saya tak boleh nak tipu diri sendiri, kadang-kadang orang akan cakap kita kena bersikap profesional tapi bagi saya ‘no!’.

“Saya tak boleh bekerja dengan orang yang pernah memberikan impak sebegini kuat dalam hidup saya.

“Bukan sekadar tak boleh berlakon dengan dia, malah saya akan elakkan untuk bertembung dengan dia tak kira di mana-mana majlis sekalipun.

“Dia mungkin boleh kata dia tak ada apa-apa dengan saya tepi hakikatnya dia sendiri tahu. Dia boleh tipu semua orang tapi dia tak boleh tipu diri dia sendiri,” kata Izreen tegas.

Bagaimanapun aktres berusia 31 tahun ini memberitahu dia mempunyai sebab untuk tidak dikaitkan dengan Amar Baharin lagi.

“Saya tidak berdendam cuma saya tak mahu ada apa-apa kaitan dengan dia lagipun dia dah nak berkahwin.

“Memang dia tinggalkan kesan yang cukup mendalam buat diri saya, jadi cukuplah. Saya tak mahu nanti orang bercakap mengenai hal saya dengan dia lagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Izreen juga akui dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan tunang bekas teman lelakinya, Amyra Rosly.

“Saya tak ada masalah dengan Amyra sebab saya pun tak pernah berbual lagi dengan dia.

“Kalau nak jumpa pun saya okay saja, cuma dia yang sering mengelak daripada saya setiap kali bertembung,” katanya.

Terdahulu, Izreen sebelum ini dikatakan pernah mempunyai hubungan cinta dengan Amar selepas berlakon bersama dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.