Kumpulan K-Pop popular, WANNA ONE bimbang apabila melihat keadaan peminat mereka yang berada dibahagian Rock Zone menjadi tidak terkawal.

Insiden tersebut menyebabkan sesi bertemu peminat WANNA ONE di Stadium negara terpaksa ditangguhkan lebih satu jam semalam.

Aksi tolak menolak itu menyebabkan ada beberapa penonton cedera dan pengsan.

Keadaan pononton yang pengsan itu diselamatkan oleh dua anggota WANNA ONE, Sungwoon dan Daehwi yang bertindak pantas meminta pasukan keselamatan membantu peminat tersebut.

“Anda semua bertenang, keselamatan anda adalah menjadi keutamaan kami. Hati-hati, ada orang tercedera di sana,” kata salah seorang anggotanya.
Kerisauan jelas terpancar di wajah Kang Daniel yang meminta peminat mereka bertenang dengan menggunakan isyarat tangan.

Selain Daniel, 10 anggota WANNA ONE yang lain juga menjadi bimbang melihat ada peminat yang terjatuh akibat ditolak.
Dalam pada itu, Jurucakap Polis Diraja Malaysia (PDRM) berusaha menenangkan penonton dengan menyuruh mereka menjaga kelakuan dan mengikut arahan yang diberikan oleh pasukan keselamatan jika mahu sesi bertemu peminat itu diteruskan.

Bagaimanapun, selepas hampir dua jam keadaan kembali terkawal dan WANNA ONE kembali membuat persembahan.

Terdahulu, insiden tersebut berlaku selepas WANNA ONE baru mempersembahkan dua buah lagu iaitu Energetic dan Beautiful.

Keadaan bertukar menjadi agresif selepas WANNA ONE membuat sesi pengenalan 11 anggotanya sebelum mereka diminta kembali ke belakang pentas untuk meredakan situasi tegang itu.

Foto/Video: Twitter @TiraSahar / @peachymixue / @autumnpeach