Pelakon Sharnaaz Ahmad mencuri perhatian netizen di media sosial Twitter apabila mengeluarkan kenyataan mengenai ‘geng kunyit’.

Menerusi laman sosial tersebut, Sharnaaz menyatakan rasa kurang selesa terhadap ‘geng kunyit’ menerusi sebuah tweet yang dimuat naik olehnya pada Khamis.

“Dulu zaman rock aku budak kecik, menjerit Menteri Mohd Rahmat suruh potong rambut konon bagi rosak akidah.

“Lani berterabur geng kunyit “hybrid” ni mana Menteri sehebat Mohd Rahmat? Hilang zaman rock kapak, kami sedih!!! Tolong hilangkan ‘geng kunyit’ kami bersyukur!!!” tulis Sharnaaz.
Tweet Sharnaaz itu ternyata mendapat pelbagai reaksi segelintir netizen yang memberikan pandangan mereka.

Bagaimanapun, tweet seorang pengguna twitter dengan ID @_hasrul berjaya menarik perhatian Sharnaaz.

Hasrul telah membalas kenyataan aktor dengan menggunakan foto drama lakonan Sharnaaz berjudul ‘Suamiku Encik Sotong’ dengan kapsyen “Ya hapuskan ini sekali”.
Sharnaaz kemudiannya memberikan respon terhadap tweet berkenaan dengan kapsyen:

“Ya hapuskan!! Jangan jadi macam sotong dalam gambar,” tulisnya beserta emoticon ketawa.
Reaksi Sharnaaz yang bersahaja itu mendapat kicau semula (retweet) dan tanda suka (likes) daripada peminatnya.

Lebih menarik, status itu mendapat usikan lucu daripada netizen, antaranya:

Foto: Instagram @sharnaazahmad