Pelakon Fizz Fairuz meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Almy Nadia selamat melahirkan anak kedua mereka semalam.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Fizz melalui akaun Instagram (IG)nya @fizzfairuz 11 jam yang lalu beserta foto dengan kapsyen:

“Alhamdulilah...isteri saya @almynadia86 telah selamat melahirkan anak kedua kami pukul 9.6pm tadi....amin.doa yg baik2 ye...heheheh,” tulisnya.

Bagaimanapun, Fizz tidak mendedahkan jantina bayi kedua mereka kepada umum dan wajahnya juga masih lagi dirahsiakan.

Menerusi foto tersebut, aktor itu hanya merakamkan momen Almy Nadia yang sedang memangku anak keduanya itu.

Sementara itu, ruangan komen di kedua-dua IG pasangan selebriti ini dipenuhi dengan ucapan tahniah oleh peminat dan rata-ratanya mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.