5 Individu & 2 Kucing Harumkan Nama Negara

18 Januari 2018. 9.57 PM
45,378
Advertorial
5 Individu & 2 Kucing Harumkan Nama Negara
Bingkisan kejayaan tahun lalu...  #MYThrowbaek2017

Tak mudah tapi tak mustahil untuk capai kejayaan seperti lima individu dan dua tuan kucing ini. Nampak senang, tetapi hakikatnya terlalu banyak cabaran telah dilalui mereka.

Dan kerana kejayaan ini, nama mereka semakin dikenali di peringkat dunia. Inilah #MYThrowbaek2017 sebagai penyuntik inspirasi.

#1. Neelofa 
 
 

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on


#MYThrowbaek2017, Lofa tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017, dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia.

Lofa juga merupakan wanita berhijab dari Asia pertama diangkat sebagai duta jenama antarabangsa Lancome.  

#2. Mohd Faiz Subri




 
 

A post shared by faiz subri (@faiz_subri13) on


Pemenang anugerah ‘FIFA Puskas Award’ dengan jaringan gol tercantik di dunia, melakar sejarah bola sepak negara setelah muncul selaku pemain Asia pertama mendapat pengiktirafan itu.

Kemenangan ini meletakkan Mohd Faiz sebaris dengan Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymardan James Rodriguez.

#3. Azizul Hasni Awang
 
 

A post shared by Azizul Awang (@azizulawangofficial) on


Berjaya menyarung jersi pelangi (jersi juara) setelah menewaskan pelumba dari Colombia dan Republik Czech untuk bergelar juara dunia pada Kejohanan Berbasikal Keirin di Hong Kong pada April 2017.

  #4. Cheong Jun Hoong

Penerjun elit kebangsaan, Cheong Jun Hoong yang melakar sejarah, menjadi atlet Malaysia pertama meraih pingat emas dalam acara 10m platform wanita di Kejohanan Akuatik Dunia 2017 di Budapest, Hungary.

 #5. Qobin
 

Menjadi rakyat Malaysia pertama, kedua dari Asia Tenggara, Muslim ketiga dan lelaki paling muda di dunia bergelar penjelajah Grand Slam setelah berjaya menawan Titik Darjah Kutub Selatan.

#6. Aika Akira Alvaro dan Miko


Kredit: Aika Akira Alvaro @ Aika Akira Cattery

Bukan sahaja individu tetapi Aika Akira Alvaro dan Miko, dua ekor kucing dari Malaysia juga berjaya raih anugerah di peringkat antarabangsa.

Bukan calang-calang tau, dua ekor kucing ni bersaing dengan 1,700 ekor kucing dari 40 buah negara untuk meraih anugerah di pertandingan Fife World Show 2017 The Netherlands yang berlangsung di Belanda tahun lalu.
 
Memang awesome la kejayaan mereka tahun lalu, siapa tahu tahun ini nama anda pula bakal tersenarai!
 
Apakah perkara terbaik yang pernah berlaku pada anda sepanjang tahun 2017? Adakah cita-cita anda tercapai? Percutian idaman anda terlaksana? Kami nak dengar semuanya.

Kongsi momen 2017 terbaik anda di Facebook dan letakkan #MYThrowbaek2017.
 
Kredit: Miko @ Rooaida Mohd Darus


 

Artikel Berkaitan