Artis popular seperti Fattah Amin, Nabil Ahmad, Erra Fazira dan Awie antara yang akan memeriahkan kempen #YouCanDuit Kuala Lumpur dan Karnival CEO Desa di Istana Budaya bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Bakal berlangsung juga pameran #YouCanDuit dan jualan selebriti di perkarangan Istana Budaya.

Pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan artis seperti Datuk M.Nasir, Syamel AF, Altimet, Datuk Vida, Datuk Aliff Syukri, Alyah, Izzue Islam dan ramai lagi,

Selepas beberapa siri kejayaan #YouCanDuit sebelum ini, kempen yang sentiasa diisi dengan aktiviti menarik dan penuh pengisian ilmu ini kembali dengan sesuatu lebih menarik iaitu, Muzikal #YouCanDuit.


Persembahan Muzikal #YouCanDuit yang akan diadakan pada hari Ahad, 21 Januari 2018 bermula jam 9 pagi hingga 5 petang itu merupakan seminar keusahawan pertama di Malaysia bertemakan muzikal.

Bakal membariskan penampilan istimewa seperti Fattah Amin , Nabila Huda, Dynas Mokhtar, Datin Umie Aida, Ungku Ismail, Azrul Zaidi.

Bukan itu sahaja, persembahan dan sesi perkongsian daripada mentor selebriti seperti Datuk Rosyam Nor, Erma Fatima (Mok Cun), Nabil Ahmad, dan Fizo Omar, juga akan diadakan di Panggung Sari.

Masuk adalah percuma dan tiket boleh didapati di muzikalyoucanduit.eventbrite.com

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan karnival ini selain daripada mendapatkan tip-tip mengenai program eRezeki dan eUsahawan.

#YouCanDuit merupakan kempen digital untuk meningkatkan pendapatan tambahan dari kalangan rakyat Malaysia melalui inisiatif digital eRezeki dan eUsahawan.

Ikuti kemeriahan karnival #YouCanDuit di negeri Kelantan dan Negeri Sembilan, November tahun lalu: