Pertama kali menjejakkan kaki di VCR Coffee & Cake, Suudu terpegun kerana kedai kopi ini diubah suai dalam bangunan lama.

Kedai kopi yang terletak di Jalan Galloway berhampiran Hotel Swiss Garden dan mempunyai dekorasi hipster, memenuhi citarasa anak muda masa kini serta mengikut trend.

Tanpa membuang masa, selepas berkenalan dengan salah seorang pemilik VCR yang dikenali sebagai Latif, Suudu terus memesan tiga jenis menu paling popular di sana.

Tiga menu tersebut ialah Coffee Latte, Scandinavian Breakfast dan Banana Cake with Peanut Butter Icing.

Hirupan peratama Coffee Latte di VCR membuatkan rasa letih dan mengantuk hilang serta merta tambahan lagi suasana di kedai kopi ini sangat tenang dan relax!

Apa yang boleh Suudu simpulkan di sini, Coffee Latte VCR berada di kelas tersendiri dan sangat sesuai diminum ketika anda berasa stress dengan tugas seharian.

Atau sekali-sekali mahu lari dari kesibukan di tempat kerja, secangkir kopi di VCR mampu untuk membuatkan anda gembira!

Selepas mencuba Latte yang kaya dengan aroma dan rasa kopi, Suudu memesan Scandinavian Breakfast yang hidangannya terdiri dari kepingan roti bakar, salmon, udang, salad dan telur.

Dari segi rasa, tidak ada bezanya hidangan ini dengan menu makan pagi ala barat yang ada di restoran lain, kesimpulannya ‘just nice to eat’. Tetapi tidak salah mencuba jika mahukan kelainan dalam sarapan pagi anda. Sekali-sekala!

Menu terakhir, Suudu telah mencuba kek paling popular di VCR Coffee & Cake, iaitu Banana Cake with Peanut Butter Icing. Kek pisang ini mempunyai dua lapisan dan dibahagian tengahnya mempunyai hirisan pisang yang disapu dengan mentega kacang.

Pertama kali mencuba, keenakannnya tidak terungkap dengan kata-kata dan ‘WOW’! hanya itu yang mampu Suudu terangkan kepada anda!

Tidak hairanlah ramai yang mencadangkan kek di VCR kerana rasanya memang enak dan berbaloi untuk dicuba.

Kepada anda di luar sana jika inginkan kelainan ketika lepak dan ‘chill’ dengan kawan-kawan, apa kata ke VCR Coffee & Cake kerana selain suasananya yang tenang, anda juga dapat minum kopi dalam bangunan vintage tinggalan Inggeris.

Harga? Jangan risau kerana ia sangat berpatutan. Selamat mencuba!

Muat naik Suudu App di App Store dan Google Play untuk mendapatkan resepi terkini untuk hidangan pagi, petang dan malam.

Anda juga boleh mendapatkan pelbagai kandungan masakan di dalam Suudu Instagram/ suuduasia serta Suudu Facebook/OfficialSuudu.