Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam akui pengalaman hamil anak kelima sedikit berbeza berbanding sebelum ini.

Menurut Rebecca, dia mengalami simtom tidak lalu makan dan berat badannya juga agak susut.

Bagaimanapun, Rebecca menyatakan rasa lega kerana perkara itu tidak menjejaskan kandungan dan anak juga berada dalam keadaan sihat.

“Check up today, doktor cakap berat badan mummy menurun tapi baby sihat. Alhamdulillah.

“Mana tidaknya, hamil kali ini kurang nak makan. Bila nak makan rasa nak terkeluar balik. Uwaaa dugaan untuk mummy. Baby cayang oh baby cayang,”
tulisnya menerusi entri terbaru di akaun Instagram (IG) semalam.

Dalam pada itu, pengikut Rebecca mendoakan agar kedua-dua ibu dan anak itu berada dalam keadaan sihat.

Foto: Instagram Rebecca Nur Al Islam