Penyanyi Aiman Tino menepis dakwaan kononnya dia membeli ‘viewers’ di Youtube semata-mata untuk meningkatkan jumlah tontonan.

Menurut Aiman, dia tidak akan membuang duit dengan melakukan perkara yang bukan-bukan seperti itu.

“Mana ada, dakwaan itu tidak benar. Saya rasa lagu Ku Rela Dibenci itu mendapat tontonan yang banyak mungkin saya muncul secara tiba-tiba dalam industri.

“Mungkin kerana mereka juga ingin tahu dan mengenali siapa saya.

“Lagipun tidak semestinya mereka yang mendengar lagu itu pengikut Instagram (IG) saya.

“Pasti ada juga sesetengah mereka yang jenis hanya gemar mendengar muzik tetapi tidak menjadi pengikut saya.

“Sebab itu jumlah pengikut di IG saya berbeza dengan jumlah tontonan Youtube,” ujarnya.

Aiman ditemui pada majlis pengiktirafan oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) buat dirinya sebagai penyanyi tempatan dengan jumlah tontonan tertinggi di YouTube, bertempat di hotel Premiera, Kuala Lumpur petang tadi.

Ku Rela Dibenci mencatat sebanyak 43 juta tontonan di YouTube manakala pengikut IG Aiman pula adalah 1.1 juta.

[[BACA: 42 Juta Tontonan YouTube, Aiman Tino Diiktiraf Malaysia Book Of Records]]

Foto: Instagram Aiman Tino

Teks oleh: Mya Amri