AF 2016 Jadi Batu Loncatan Untuk Sertai Bidang Hiburan - Ikram

28 September 2016. 12.58 AM
25,857
Hiburan
AF 2016 Jadi Batu Loncatan Untuk Sertai Bidang Hiburan - Ikram

Pelajar Akademi Fantasia 2016, Ikram mengakui dia menyertai program realiti AF 2016 untuk menceburkan diri dalam industri hiburan.

"Sebelum ini, saya bekerja secara freelance sebagai pengacara selama tiga tahun. Saya juga pernah menyertai program pencarian Penyampai Top Era FM dan berjaya sampai hingga ke Top 25.

"Saya akui minat saya lebih kepada bidang pengacaraan. AF 2016 merupakan pertandingan nyanyian pertama yang saya sertai.

"AF 2016 merupakan salah satu batu loncatan untuk masa memasuki industri. Sebelum ini, saya tidak tahu bagaimana caranya.

"Saya boleh mengacara dan pada masa yang sama, saya boleh menyanyi. Jadi selepas ini, saya mahu mencari peluang sama ada dalam bidang nyanyian atau pengacaraan. Saya mahu jadi penghibur," kata Ikram kepada Astro Gempak.

Tambah Ikram, dirinya sudah bersedia untuk disingkirkan dari AF 2016 melihatkan kepada peratusan undian yang diperolehinya.

"Undian saya selalu berada di kedudukan bawah saban minggu. Saya sudah bersedia untuk keluar jika saya disingkirkan.

"Sudah tertulis yang malam ini saya tersingkir bersama Asha. Tiada rezeki untuk kami dan saya berharap ini menjadi permulaan perjalanan saya dalam industri hiburan," katanya lagi.

Saksikan Konsert AF 2016 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) secara ekslusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Manakala rutin harian para pelajar menjalani kehidupan di akademi pula boleh ditonton menerusi Diari AF 2016 pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 15 Ogos di saluran sama.

Untuk mengikuti perkembangan pelajar, layari Akademi Fantasia.


Artikel Berkaitan


Komen