Band popular Indonesia, Sheila On 7 (SO7) akui tidak rasa tergugat dengan
lambakan kehadiran band baharu di pasaran industri muzik.

Menurut pemain bes SO7, Adam Muhammad Subarkah, berkata, kehadiran kumpulan
baharu ini tidak menjejaskan kerjaya mereka sebaliknya memberi pilihan kepada
pendengar.

"Alhamdullah kumpulan kami sudah 22 tahun berada dalam industri malah perkara
itu telah mematang kami dalam industri muzik.

"Kami juga bersyukur kerana terdapat ramai pelapis yang berbakat dan mampu
untuk bersaing secara sihat dalam mengentengahkan bakat masing-masing.

"Kami melihat perkara itu bukan menjejaskan tetapi ia lebih memberi ruang dan
pelbagai pilihan muzik kepada masyarakat," katanya kepada Astro Gempak.

Adam berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Sheila On 7
Live In Kuala Lumpur 2018, di GTower Hotel Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sheila On 7 Live In Kuala Lumpur 2018 akan diadakan di StarXpo Hall, KWC
Fashion Mall pada 10 Februari depan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan tiket boleh layari laman web
www.myticket.asia dengan harga RM 315 (Meet & Greet), RM215 (Diamond), RM165
(Platinum), RM125 (Gold) dan RM85 (silver).

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi