Penyanyi Hazama akui bersyukur mempunyai isteri yang sanggup bersabar melayan karenahnya.

Kata Hazama lagi, bertuah memperisterikan pemuzik Genervie Kam, 37, yang sentiasa berada disisi tidak kira sama ada waktu susah atau senang.

Hazama menyatakan rasa isi hatinya itu menerusi entri terbarunya di akaun Instagram (IG) sempena dengan ulang tahun pertama perkahwinan mereka.

“Pada tanggal 15 Januari 2017 saya mengambil keputusan untuk terus berada di hati awak. Dan hari ini genaplah setahun usia perkahwinan kita.

“Maafkanlah kekurangan saya sepanjang perkahwinan kita. Terima kasih sebab banyak bersabar dengan saya.

“Dan terima kasih sebab selalu mencintai saya. Selamat ulang tahun sayang @generviekam.

“Semoga syurga yang kita bina akan sampai ke Jannah. Amin,”
tulisnya.

Dalam pada itu, entri berkenaan dihujani dengan komen yang mengucapkan tahniah dan mendoakan perkahwinan mereka berkekalan hingga akhir hayat.


Foto: Instagram @mrhazama1

Teks oleh: Mya Amri