Selepas isu peminat bertelagah di laman sosial Instagram gara-gara K-Pop, Zara Zya sekali lagi mengundang cemuhan netizen kerana memakai baju terlalu ketat.

Ekoran itu, peminat yang kurang senang dengan tindakan Zara memuat naik foto berkenaan cuba menasihati pelakon itu untuk memadamkan gambar tersebut bagi mengelakkan provokasi lanjutan.

Lebih ekstrim, ruangan itu bukan hanya dicemari dengan komen-komen berbaur teguran bahkan kata-kata lucah.

Perbalahan tidak terhenti apabila Zara sendiri membalas komen netizen yang terlampau.

"Nak tegur biar beradab. Apa kamu rasa kalau orang cakap kat kamu macam tu?" tulis Zara.

Uols dah lunch ke? Sape nak belanja saya? ? @zarazyaloverz @zarazyahq.beauty #zarazyalipmatte #zarazya

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on


Namun, tindakan itu menambah berang netizen yang menyifatkan Zara seorang artis yang tidak boleh menerima teguran peminat.

"Kau memang tak boleh nak terima teguran? Kami nasihat suruh pakai elok-elok sebab sayang. Jangan ego sangat," balas salah seorang peminat Zara.

Gambar itu sehingga kini mendapat lebih 56,000 likes dan 1,000 interaksi netizen.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @zarazya