Pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Haji Nawawi menghadiahkan anak sulungnya, Fildza Haifa mengerjakan umrah sempena ulangtahun kelahiran gadis itu tahun ini.

Datuk Aznil atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil itu meluahkan rasa syukur dapat memenuhi impian anak kesayangannya yang dipanggil Fifi itu.

Pak Nil berkongsi rasa gembira dan syukurnya itu menerusi sebuah entri di Instagramnya, awal pagi tadi.

“Papa bersyukur pada hari jadi Fifi kali ini papa dapat berikan hadiah yang paling bermakna buat Fifi.

“Papa akan pimpin Fifi di Miqat, tawaf, Safa, Marwa’ dan bertahlul.

“Semuanya demi mengejar kesempurnaan hodup bergelar hamba Allah. Insha-Allah sayang, adik-adikmu Riki dan Riz akan sama-sama kita pimpin sebagaimana kita nanti berpimpin tangan ke Jannah bersama-sama.

“Papa sayang Fifi,” tulisnya.

Happy Birthday Fildza Haifa Bt Aznil. Papa bersyukur pada harijadi Fifi kali ini Papa dapat berikan hadiah yang paling bermakna buat Fifi. Papa akan pimpin Fifi di Miqat, Tawaf, Safa, Marwa dan bertahlul. Semuanya demi mengejar kesempurnaan hidup bergelar hamba Allah. Insyaallah sayang adik2 mu Riki dan Riz akan sama2 kita pimpin sebagaimana kita nanti berpimpin tangan ke Jannah bersama2. Insyaallah Insyaallah. Papa sayang Fifi ❤️❤️

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on



Sementara itu di ruangan komen, pengikut IG Pak Nil mendoakan agar umrah beliau dan keluarga mabrur.

Mereka turut mendoakan Pak Nil sekeluarga dimurahkan rezeki disamping mengucapkan selamat hari lahir buat Fifi.