Buka Rangkaian Perniagaan, Raja Ilya Nafi Ditaja VIP

28 September 2016. 1.07 AM
28,203
Hiburan
Buka Rangkaian Perniagaan, Raja Ilya Nafi Ditaja VIP

Membuka rangkaian perniagaan kedai kopi premium, aktres Raja Ilya menafikan dirinya ditaja oleh golongan VIP.

Ilya kini melebarkan sayapnya sebagai seorang usahawan dengan membuka sebuah lifestyle coffee shop, Richiamo Coffee di Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.





"Tidak timbul isu ditaja oleh golongan VIP kerana perniagaan ini merupakan hasil kolaborasi saya bersama dua orang rakan kongsi yang lain.

"Jika benar saya ditaja, lebih baik saya membuka perniagaan sendiri tanpa perlu berkolaborasi dengan mana-mana pihak dan membukanya di pusat bandar seperti di Pavilion, Kuala Lumpur," kata Ilya kepada Astro Gempak.

Tidak menggunakan wang bayaran sebagai duta produk selama ini, Ilya menggunakan simpanan tersebut untuk dijadikan modal perniagaan.

"Bagi saya, tak perlu jadi jutawan untuk membuka rangkaian perniagaan kerana apa yang penting ialah semangat, skil komunikasi dan sumber kewangan.

"Sebelum ini, saya pernah dilantik menjadi duta untuk beberapa jenama dan produk. Setiap kali mendapat bayaran hasil menjadi duta, saya tidak menggunakan wang tersebut dan terus menyimpannya.

"Wang tersebut saya gunakan sebagai modal untuk membuka Richiamo Coffee bersama dua rakan kongsi yang lain.





"Setakat ini, cawangan pertama Richiamo Coffee sudah dua bulan dibuka di UUM. Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

"Kami mempunyai perancangan untuk membuka cawangan kedua di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak tidak lama lagi," katanya mengakhiri perbualan.


Artikel Berkaitan


Komen