Pelakon yang kini bergelar penyanyi, Datuk Boy Iman mengakui dia masih diserbu peminat ketika berkunjung ke sebuah negeri selatan tanah air baru-baru ini.

Walaupun muzik video lagu sulungnya, #MalasNakLayan mendapat kutukan dan kecaman netizen, Datuk Boy Iman menerima dengan hati terbuka.

"Setiap kritikan, kecaman, kutukan, makian, pujian, sokongan dan apa sahaja saya terima dengan hati terbuka.

"Apa yang saya terjemahkan melalui percakapan dan perbuatan dalam muzik video ini (#MalasNakLayan) tidak lain tidak bukan untuk memberi reaksi kepada apa yg netizen cakap atau buat kepada diri saya dan apa yang saya rasa sepanjang saya dilanda "musibah".

"Saya bersyukur apa yang Allah susun dan atur untuk hidup saya, baik dan buruk saya terima dengan reda.

"Terima kasih jua kepada orang di Johor Bahru yang sudi bergambar dengan saya apabila berjumpa. Ramai sgt.

"Tanpa anda semua siapalah saya sebagai selebriti," tulisnya dalam entri terbaharu di Instagramnya.

Terima kasih kepada rakan2 media yg byk membantu saya dalam mempromosi lagu "single" saya "#malasnaklayan". Ini dr @mediahiburanofficial. Selain dr itu oh media, siakap keli, roti kaya, utusan, sinar harian, kosmo, rtm dan media prima dan lain2 lg. Begitu juga pada "netizen" yg terbahagi kepada dua, supporters dan haters. Setiap kritikan, kecaman, kutukan, makian, pujian, sokongan dan apa sahaja saya terima dgn hati terbuka. Apa yg saya terjemahkan melalui percakapan & perbuatan didalam mtv ini tidak lain tidak bukan utk memberi reaksi kepada apa yg netizen cakap @ buat kepada diri saya dan apa yg saya rasa sepanjang saya dilanda "musibah". Saya bersyukur apa yg Allah susun & atur utk hidup saya, baik & buruk saya terima & redha. Dia sebaik-baik perancang. Terima kasih jua kepada orang2 di jb yg sudi bergambar dengan saya apabila berjumpa. Ramai sgt. Tanpa anda semua siapalah saya sebagai selebriti. #boyiman #dbi #datoboyiman #datodrboyiman #dbientertainment #dbientertainmentsdnbhd #jutawanviral #dbirians

A post shared by Dato' Dr Norul Iman A Rahman (@boyiman_dbi) on



Muzik video #MalasNakLayan yang dilancarkan pada 12 Januari lalu telah ditonton sebanyak 28,000 kali dan mendapat 3,000 dislike.

Terkini, ruangan komen muzik video itu di YouTube telah ditutup.


Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: IG @boyiman_dbi, YouTube