Vokalis kumpulan rock The Cranberries, Dolores O'Riordan, 46, dilaporkan meninggal dunia secara mengejut di London semalam.

Memetik laporan BBC, punca kematian O'Riordan masih belum dapat dikenalpasti.

Sementara itu, menurut laman Twitter rasmi The Cranberries, anggota kumpulan yang berasal dari Ireland itu masih terkejut dengan berita kematian Dolores.

"Kami masih terkejut dengan kehilangan kawan rapat kami, Dolores.

"Dia memiliki bakat yang sangat luar biasa dan kami berbangga bersamanya sejak 1989 pada awal penubuhan The Cranberries," tulis laman Twitter itu.

Jurucakap polis mengesahkan kejadian berkenaan menerusi panggilan telefon daripada hotel di Park Lane tempat Dolores menginap pada pukul 9.05 pagi memaklumkan akan penemuan mayat seorang wanita berusia 40-an.

The Cranberries melakar kemuncak karier pada tahun 1993 menerusi album debut Everybody Else Is Doing It, So Why Can't We? yang mencatatkan rekod jualan 40 juta unit seluruh dunia.



Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: BBC, DailyMail