Penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz menjadikan hasrat untuk mendapatkan lesen memandu kereta sebagai salah satu azam utama bagi tahun 2018.

“Seperti penggiat seni lain, saya semestinya sudah menanamkan azam untuk menghasilkan lagu dan produk berkualiti untuk dihadiahkan kepada peminat.

“Saya akan terus kekal berkarya dengan baik dan menjadikan itu sebagai azam tahun baru.

“Namun begitu, azam utama saya pada tahun 2018 adalah untuk memiliki lesen memandu kereta. Jika saya mempunyai lesen, sudah tentunya pergerakan menjadi lebih mudah.

“Perkara itu sudah lama tertangguh dan saya mahu menyelesaikannya. Sebab itu saya menjadikan ia sebagai salah satu azam tahun baru,” seloroh Aisyah yang ditemui di majlis peragaan jenama fesyen Fatimah Mohsin sempena The Wedding KL 2018 Jumaat lalu.

Dalam perkembangan lain, Aisyah bakal muncul dengan sebuah lagu terbaru bersama penyanyi Indonesia, Rizky Febian.

“Insya-Allah, lagu duet saya bersama Rizky akan dilancarkan pada 26 Januari ini. Selepas berkolaborasi dengan penyanyi senegara, Haikal Ali, duet bersama Rizky menjadi buah tangan terbaru saya.

“Saya sudah tidak sabar menantikan reaksi peminat. Harap lagu yang berjudul Indah Pada Waktunya ini dapat memenuhi citarasa pendengar,” katanya lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Aisyah