Tempoh reman terhadap pelakon dan pengarah filem terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari dilanjutkan sehari lagi hingga Selasa.

Perintah tersebut dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Hairul Azhar Mohd Ishak setelah tempoh reman sejak 12 Januari lalu berakhir pada Isnin.

Sementara itu, Farid yang ditahan bermula Jumaat lalu bagi membantu sisatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara ketika ditemui wartawan berkata, dia berada dalam keadaan baik.

Menurut Farid, 37, dia menjalani perintah reman tersebut dengan aman dan mengikuti prosedur yang ditetapkan.

"Alhamdulillah, saya baik-baik sahaja dan bersyukur kepada Allah. Semuanya berlangsung dengan aman.

"Sekarang ini saya hanya ikut perintah dan terima kasih kepada semua," katanya ringkas sebelum menaiki kenderaan polis.

[[BACA: “Stay Strong Abang Farid, Semoga Allah Permudahkan Semuanya” – Nelydia Senrose]]

[[BACA: Shuhaimi Pengarah Di Situ, Takkan Tak Tahu ‘Props’ Hilang? – Fadzil Zahari Jawab Dakwaan Farid Bawa Pistol]]


Terdahulu, Pelakon filem Tombiruo ini telah menjalani tempoh reman selama empat hari bermula Jumaat lalu dan sepatutnya berakhir pada Isnin.

Farid yang hadir kira-kira pukul 11.30 pagi dengan memakai kemeja dan berseluar lokap kelihatan tenang.

Malah, dia sempat mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan rakan artis yang memberi sokongan.

Turut hadir di mahkamah adalah adiknya iaitu Fadzil Zahari serta rakan artis Azad Jasmin dan Azhan Rani.

EKSKLUSIF: Mahkamah memutuskan Datuk @faridkamilz disambung reman sehari lagi dan beliau dilihat memberi reaksi positif serta menjelaskan keadaan kesihatannya baik-baik sahaja ketika berada di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya selepas ditahan reman selama 4 hari. Laporan selanjutnya di #hlive jam 8.30 malam ini. Hos lokasi @ellyarifin Kredit ? @tqsuzzanna #hliveupdate

A post shared by Official Hlive (@officialhlive) on

Sumber: mStar Online