Pasangan Farid Kamil dalam drama Lafazkan Kalimah Cintamu, Nelydia Senrose telah memberikan kata-kata semangat kepada pelakon senior yang sedang berada dalam tahanan polis itu.

Nelydia menerusi sebuah entri di Instagram (G)nya semalam, telah memuat naik fotonya bersama Farid serta berkongsi pengalaman berharganya bekerja selama tiga bulan dengan pelakon yang memegang watak Tengku Ryan Ameer itu.

“Three months of working with you was nothing but a great experience. Stay strong abang Farid, may Allah ease everything. (Tiga bulan bekerja dengan awak adalah satu pengalaman yang menakjubkan. Terus kuat abang Farid, semoga Allah permudahkan segalanya).”

Entri tersebut telah mendapat hampir 75 ribu likes dengan 440 komen daripada pengikut Nelydia.

Rata-rata komen turut mendoakan urusan Farid dipermudahkan disamping memberikan sokongan moral kepada beliau dan keluarga.

Ada juga pengikut yang menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton drama adaptasi novel Lafazkan Kalimah Cintamu karya Siti Rosmizah itu di slot MegaDrama Astro Ria, bermula esok.

Drama arahan Along Kamaludin di bawah terbitan SR One Sdn Bhd itu menampilkan gandingan Farid Kamil, Nelydia Senrose, Azri Iskandar, Liza Abdullah, Nadiyah Shahab dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Lafazkan Kalimah Cintamu yang akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Ria HD saluran 123.

Sumber: Instagram