Pelakon Diana Danielle yang juga isteri kepada Datuk Farid Kamil akhirnya membuka mulut selepas mendiamkan diri sejak penahanan suaminya beberapa hari lalu.

Diana menerusi sebuah entri telah mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi semangat buatnya dan suami.

Ibu kepada dua anak itu turut menegaskan suaminya, tidak pernah sesekali mencederakan atau menyakiti dirinya.

Dalam kenyataan tersebut, dia memberitahu akan sentiasa berada disisi suami untuk memperbaiki dan mengukuhkan lagi hubungan sedia ada.

Menurutnya lagi, dia tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa sekarang.

Entri tersebut telah dilihat hampir 80 ribu kali sejak dimuatnaik kira-kira jam 7 petang tadi (Sabtu), namun tiada komen oleh netizen kerana Diana telah menutup ruangan berkenaan beberapa hari lalu.