Pengikut Johan As’ari berbalah sesama sendiri di ruangan komen Instagram (IG) pelakon tersebut dan mempertikai cara aktor itu mengaji Al-Quran.

Ada di antara pengikut yang terang-terangan menghentam Johan kerana mendakwa bacaannya tidak betul, dan sengaja memuatnaik video atas tujuan riak.

Namun ada juga yang menegur dengan cara baik dan memperbetulkan kekhilafan bacaan Johan dan meminta pelakon itu memperbaikinya dari semasa ke semasa.

Mereka turut menasihati pengikut lain yang ada prasangka buruk dengan memberitahu, sekurang-kurangnya Johan berusaha menunjukkan sesuatu yang baik apabila memuatnaik videonya membaca Al-Quran.

25. Dan mereka berkata "Bilakah (datangnya) ancaman itu jika kamu orang yang benar?" 26. Katakanlah (Muhammad), "Sesungguhnya ilmu (tentang hari kiamat itu) hanya ada pada ALLAH S.W.T. Dan aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan." 27. Ketika datang kiamat dan mereka melihat azab itu secara dekat, wajah orang-orang kafir itu menjadi muram. Dan dikatakan kepada mereka, "inilah azab yang dahulu kamu memintanya." #almulk ???

A post shared by Johan Datuk Wira hj. As'ari (@johanarrif) on



Sementara itu, Johan menerusi sebuah entrinya awal pagi semalam meluahkan rasa sedih terhadap sesetengah pengikut yang kurang beradab.

“Aku terima teguran namun tetapi aku amat sedih dengan pengikut-pengikut ku di sini ada yang tiada adab menegur ku salah itu salah ini dalam bacaan secara terbuka.

“Guru ku tidak ajar ku untuk hilang adab. Guru ku ajar ku berkasih sayang. Alhamdulillah aku semakin rajin mengaji Al-Quran,” tulisnya pada entri video dia sedang mengalunkan ayat suci Al-Quran.