Black Widow Bakal Ke Layar Perak

12 Januari 2018. 9.19 PM
1,133
Hollywood
Black Widow Bakal Ke Layar Perak
Buat peminat tegar komik adiwira terbitan Marvel, pasti anda mengharapkan filem solo buat karakter Black Widow. Harapan anda mungkin akan menjadi kenyataan!

Menurut laporan portal Variety, Marvel bakal muncul dengan filem solo buat karakter Black Widow atau Natasha Romanoff yang dilakonkan Scarlett Johansson.

Penulis skrip Jac Schaeffer telah ditugaskan untuk projek terbaharu itu. Walaupun pembikinan filem itu masih pada peringkat awal, namun penulis skrip yang telah dipilih jelas menunjukkan filem itu bakal ditayangkan di layar perak.

Karakter Black Widow telah muncul dalam filem terbitan Marvel sebanyak enam kali termasuk siri filem Avengers dan yang bakal ditayangkan adalah sekuel siri filem tersebut, Avengers: Infinity War.

Terdahulu, setelah trailer Avengers: Infinity War dimuat naik dalam YouTube, ia mendapat sambutan yang memberangsangkan dari penonton.

Selain berkongsi keterujaan mereka untuk menonton filem ini, ramai peminat tegar Marvel berkongsi ramalan mereka, seperti watak apa yang akan mati.

Avengers: Inifinity War bakal ditayangkan di Malaysia pada April 2018.

Sumber: Astro Awani