Isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Abdul Karim mendedahkan wajah cahaya mata sulungnya, Wan Maryam selepas dua minggu bayi comel itu dilahirkan.

Mawar berkongsi foto anak perempuannya itu menerusi entri terbaru di Instagram (IG) hari ini.

Foto berkenaan turut disertakan dengan kapsyen:

“Assalamualaikum auntie uncle semua,nama saya diberi oleh bapa dan mama saya, Wan Maryam bt Wan Hafizol.

“Hari ini saya dah 2 weeks. Saya dilahirkan pada hari Jumaat 29 December jam 4.01 petang. Doakan saya semoga menjadi anak soleha di dunia & akhirat.

“Nanti saya akan ganti Mama saya jadi Fareeda junior @fareedagroup. (Gambar ini sewaktu saya ada jaundice tapi Alhamdulillah sekarang dah baik),”
tulisnya.

Assalamualaikum auntie uncle semua,nama saya diberi oleh bapa n mama saya, . ? Wan Maryam bt Wan Hafizol ?? . Hari ini sy dah 2 weeks. Sy di lahirkan pada hari Jumaat 29 December jam 4.01 petang. Setelah bapa n mama sy tunggu sy selama 4 tahun ? . Doakan sy semoga menjadi anak soleha di dunia & akhirat ??. Nanti saya akan ganti Mama saya jadi Fareeda junior ☺️ @fareedagroup . ( Gambar ni time sy ada jaundice tapi alhamdulillah sekarang dah baik ?☺️) (Tq kaka @elyamarissa_ @sarahkhadijah_ for this photo ) ?

A post shared by Madam Rose (@mawar_karim) on


Fizo dan Mawar telah mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan impian mereka untuk mendapatkan zuriat menjadi kenyataan selepas Mawar menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim tahun lalu.

[[BACA: "Bersalin Pun Cantik!" - Tahniah Fizo & Mawar Dapat Bayi Perempuan]]

Foto: IG @fizoomar/ @mawar_karim