Pelakon Almy Nadia bersama dua orang anaknya, Nur Afrina Arianna dan Nur Afirna Aurora disahkan positif Influenza A.

Menerusi entri di Instagram, Almy Nadia telah bertanya kepada peminat cara untuk mengubati penyakit tersebut selepas mencuba pelbagai jenis ubat untuk sembuh.

"Hari ini (semalam) bawa la anak-anak pergi hospital. Nak dijadikan cerita inilah penyakit yang saya hadapi sebelum ni tetapi tak check betul-betul dan bila anak dah sakit terus bawa pergi hospital untuk lakukan pemeriksaan dan mereka disahkan positif Influenza A.

"Sedih semua ada, punya la jaga kesihatan, makan ubat macam-macam nak sihat akhirnya sakit juga selepas itu melibatkan anak-anak sakit sebab berjangkit dengan mama dia. Lagi rasa sedih tau.

"Macam mana nak sembuhkan penyakit ni. Sakit dia tuhan saja yang tahu gigil dan demam. Ya Allah dugaan betul ini.

"Sekarang mama, Arianna dan Aurora sakit benda yang sama. Sedih dan sakit sangat,"tulisnya.

Dalam pada itu, peminat yang risau dengan keadaan tersebut meninggalkan komen yang mendoakan supaya Almy Nadia dan anaknya kembali sihat.

@titin2809: Kesiannya. Sabar ya Almy Nadia semoga anak-anak cepat sembuh.”

@liza_norazmin: Elakkan makan dan minum oren. Segala macam oren. Kena pantang. Ank saya pernah kena. Alhamdulillah, sekarang sudah sihat. Semoga anak Almy Nadia cepat sembuh.”

@norzahanbahani: Semoga sihat semua tau. Doa banyak-banyak. Almy Nadia kena kuat untuk anak walupun mamanya sakit jugak.”

@mi3ka: Bersabar ya, ujian tu.. Banyak-banyak minum air masak yang bersih, kalau seorang boleh handle tapi kalau dua-dua sakit perlukan seseorang untuk membantu. Saya doakan Almy Nadia dan anak beranak cepat sembuh, tawakal banyak-banyak.”

Today bawa la anak2 p hospital.. nak jadikan cerita ini lah penyakit sy yg sy hadapi sebelum ni.. tp tak check betul2 tp bila anak dah sakit terus bawa p hospital check POSITiVE INFLUENZA A ... ????? sedih semua ada.. punya la jaga kesihatan,mkn ubat mcm2 nak sihat adlast sakit jgk lps tu melibatkan anak2 sakit sbb berjangkit dgn mama dia.. lagi rasa sedih tau.. ???? mcm mana nak sembuhkan penyakit ni.. sakit dia tuhan ja tau gigil demam on n off.. ya allah dugaan betul ni.. now mama arianna aurora sakit benda yg sama.. sedih gilaaaaa sakit gilaa... ???????

A post shared by Almynadia (@almynadia86) on